Saturday, 21 September 2013

KEPERLUAN PENYUSUAN MENGIKUT USIA

TAHUKAH ANDA??keperluan susu adalah berbeza mengikut usia bayi tersebut. Jadi janganlah khuatir jika Susu Ibu yang dihasilkan tidak seberapa jumlahnya. Banyak atau sedikit adalah bergantung kepada keperluan bayi tersebut.

Ingin saya kongsikan maklumat yang diperolehi dari Majalah PA&MA (Oktober 2012)

1 HARI

Pada usia ini bayi hanya memerlukan 5 - 7 mL @ 1/2 sehingga 1 sudu makan bagi setiap penyusuan. Pada masa ini, perut bayi hanya sebesar biji kacang keras.

3 HARI

Bayi memerlukan kira-kira 22 - 27 mL susu bagi setiap sesi penyusuan. Bagi keperluan sehari pula, dia memerlukan 200mL sehingga hampir segelas air. Saiz perut bayi pula adalah sebesar buah ceri atau anggur ukuran sederhana.

1 MINGGU

Bayi berusia 1 minggu dianggarkan memerlukan susu ibu antara 45 - 60 mL setiap sesi penyusuan. Dalam sehari, dia memerlukan lebih kurang 400 - 600 mL @ satu setegah gelas air. Memandangkan growth spurt bayi semakin meningkat, jadi mungkin berlaku perubahan corak tidur dan penyusuannya.

1 BULAN

Penyusuan bayi mula meningkat. Dia memerlukan 80 - 150 mL untuk setiap sesi penyusuan. Dia akan menyusu 8 - 12 kali sehari atau akan menyusu setengah atau 3 jam sekali mengikut permintaannya. Sekiranya ibu bekerja, inilah masa terbaik untuk memulakan latihan memerah, memberi susu ibu perahan dan menyimpan stok.

6 BULAN

Ketika ini bayi sudah boleh diperkenalkan kepada makanan pejal walaubagaimanapun susu ibu masih diperlukan untuk mengimbangi keperluan zat makanannya. Pada usia ini kira-kira 720 mL susu ibu diperlukan dalam sehari. Adalah digalakkan untuk menambah susu ibu perahan di dalam makanan pejal bayi.

12 BULAN

Pada usia ini keperluan susu adalah berkurangan kerana sudah biasa dengan makanan yang disajikan untuk orang dewasa. Oleh itu rutin makanan sehariannya perlu pelbagai bagi mengimbangi keperluan zat yang patut diterimanya. 



JOM BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEHINGGA 2 TAHUN


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

No comments:

Post a Comment