Friday, 11 October 2013

POWER PUMPING

Assalamualaikum..

Entri kali ini adalah berkenaan 'Power Pumping'

Sejujurnya saya bukanlah seorang yang berjaya melakukan 'power pumping'..hanya buat bila berkesempatan. Semasa menulis entri ini, saya berusaha melakukannya...mungkin ramai ibu2 diluar sana yang masih keliru berkenaan power pumping.

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu ye...Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Bila nak buat PP?

Bila bila masa dimana sahaja. memang pada dasarnya bagus dibuat tengah malam hingga ke pagi sebab hormon prolaktin tengah tinggi tetapi tidak menjadi apa2 jika buat pada waktu lain.

Jadikan PP amalan

Walaupun pada kebiasaannya PP dibuat bila nampak kemeruduman susu, ia juga boleh diamalkan sebagai rutin untuk sentiasa beri ingatan pada otak yang susu sentiasa diperlukan.

Susu saya banyak.. perlu ke PP?
 
Konsep Demand And Supply menekankan kekerapan mengosongkan breast dengan kerap mengepam atau direct feeding, bukan pam lama2. Harus diingat suction pam dengan hisapan anak adalah berbeza.Jadi adalah lebih bagus PP dan menambah sesi pengepaman dari pam berterusan selama sejam. Rosak tisu breast kang.

Sumber:  https://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/

Saturday, 21 September 2013

KEPERLUAN PENYUSUAN MENGIKUT USIA

TAHUKAH ANDA??keperluan susu adalah berbeza mengikut usia bayi tersebut. Jadi janganlah khuatir jika Susu Ibu yang dihasilkan tidak seberapa jumlahnya. Banyak atau sedikit adalah bergantung kepada keperluan bayi tersebut.

Ingin saya kongsikan maklumat yang diperolehi dari Majalah PA&MA (Oktober 2012)

1 HARI

Pada usia ini bayi hanya memerlukan 5 - 7 mL @ 1/2 sehingga 1 sudu makan bagi setiap penyusuan. Pada masa ini, perut bayi hanya sebesar biji kacang keras.

3 HARI

Bayi memerlukan kira-kira 22 - 27 mL susu bagi setiap sesi penyusuan. Bagi keperluan sehari pula, dia memerlukan 200mL sehingga hampir segelas air. Saiz perut bayi pula adalah sebesar buah ceri atau anggur ukuran sederhana.

1 MINGGU

Bayi berusia 1 minggu dianggarkan memerlukan susu ibu antara 45 - 60 mL setiap sesi penyusuan. Dalam sehari, dia memerlukan lebih kurang 400 - 600 mL @ satu setegah gelas air. Memandangkan growth spurt bayi semakin meningkat, jadi mungkin berlaku perubahan corak tidur dan penyusuannya.

1 BULAN

Penyusuan bayi mula meningkat. Dia memerlukan 80 - 150 mL untuk setiap sesi penyusuan. Dia akan menyusu 8 - 12 kali sehari atau akan menyusu setengah atau 3 jam sekali mengikut permintaannya. Sekiranya ibu bekerja, inilah masa terbaik untuk memulakan latihan memerah, memberi susu ibu perahan dan menyimpan stok.

6 BULAN

Ketika ini bayi sudah boleh diperkenalkan kepada makanan pejal walaubagaimanapun susu ibu masih diperlukan untuk mengimbangi keperluan zat makanannya. Pada usia ini kira-kira 720 mL susu ibu diperlukan dalam sehari. Adalah digalakkan untuk menambah susu ibu perahan di dalam makanan pejal bayi.

12 BULAN

Pada usia ini keperluan susu adalah berkurangan kerana sudah biasa dengan makanan yang disajikan untuk orang dewasa. Oleh itu rutin makanan sehariannya perlu pelbagai bagi mengimbangi keperluan zat yang patut diterimanya. 



JOM BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEHINGGA 2 TAHUN


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)